Drama Dewa Cinta Slot Akasia TV3 | Sinopsis, Trailer Dewa Cinta



Satu lagi drama baru yang bakal menemui penonton untuk menganti drama Nora Elena di slot akasia tv3 yelah drama Dewa Cinta. tayangannya bermula petang ni, 20 jun 2011, jam 7malam, setiap isnin hingga khamis.


Drama Dewa Cinta diadaptasi dari novel Dewa Cintaku karya Dilla Hussein dan akan dilakonkan oleh Iqram Dinzly dan Fasha Sandha.
Sinopsis Dewa Cinta

Sinopsis Dewa Cinta

Dewa Cinta mengisarkan Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin) dan Rohaya (Aida Khalida). Memori hitam pada zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandung yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal mula memberontak dan selesa menyembunyikan sikap panas barannya di sebalik penampilan yang elite. Takdir menemukan Iqbal dengan June, seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu.


June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar. Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telah pun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan untuk saling mengenali dan menyayangi. Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama.
Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama 3 tahun di situ. June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”.

Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada June merupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal. Fariz telah bersuhabat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah akan terjadi seterusnya? Saksikan suka duka kisah percintaan Iqbal dan June dalam Dewa Cinta...


Trailer Drama Dewa Cinta



Responses

0 Respones to "Drama Dewa Cinta Slot Akasia TV3 | Sinopsis, Trailer Dewa Cinta"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com