Astro turunkan caj atau diboikot



Nampaknya tindakan astro untuk menaikkan bayaran mendapat tentangan ramai, apa tak nya kalo tengok rancangan kat astro memang tak berbaloi ngan bayaran. rancangan asyik ulang tayang, kadang iklan melebih2 cuma kelebihannya dapat tengok paparan jelas kalo nak tengok saluran lain cam tv3. 
kosmo~Syarikat televisyen satelit berbayar, Astro diberi kata dua untuk mengkaji semula kenaikan harga langganannya atau berdepan dengan tindakan boikot secara besar-besaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, selain Astro, pihaknya juga bersedia melancarkan boikot terhadap penaja dan syarikat pengiklan dengan syarikat televisyen tersebut.
"Tindakan Astro menaikkan kadar bayaran langganan sehingga RM15 sebulan adalah tidak wajar kerana syarikat itu telah mendapat keuntungan menjangkau RM831 juta setahun.
"Sebanyak RM31 juta daripada jumlah itu merupakan hasil keuntungan daripada iklan yang disiarkan. Malah tindakan mengenakan caj sebanyak RM20 untuk menyambung perkhidmatan Astro juga tidak munasabah kerana ia tidak melibatkan sebarang kerja teknikal, mereka hanya perlu menekan satu butang sahaja," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.


Responses

1 Respones to "Astro turunkan caj atau diboikot"

syrupmasin said...

haha..padan muke astro..


June 18, 2011 at 12:52 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com