Ada Unsur Mistik Terlibat Dalam Akademi Fantasia 9?




Memang pelik juga bunyinya tapi tu lah yang dikatakan oleh Joe Lee, dari minggu pertama lagi, bermacam-macam masalah kesihatan melanda. antara cerita pelik yang didengar sendiri oleh Joe Lee;


Eka yang pandai menari, tiba-tiba naik bengkak kaki. Afif sebelum tersingkir sudahpun mengadu sakit gigi yang pelik berulang kali. Fina sendiri pernah hilang suara selama seminggu, manakala Hazama pula mengadu terasa pelik setiap kali mendekati waktu persembahan. Itu belum masuk cerita Amir muntah keluar rambut, ataupun Kay yang tiba-tiba demam pelik, dan pelbagai lagi masalah kesihatan pelik yang menghantui Azri dan yang lain. Yang tambah pelik, dengan tersingkirnya masing-masing, tuan badan mengadu yang sejurus mereka mereka mengusung beg meninggalkan Akademi Fantasia, terus keadaan mereka sihat seperti sediakala.
Saya hanya ingin anggap keadaan mereka yang tertekan dengan segalanya, telah mengganggu mereka secara fizikal, kerana tiada lain alasan yang munasabah, tanpa melibatkan soal mistik dan tahyul. Soal kesihatan menyerang tenaga pengajar juga, termasuk saya sendiri yang tidak dapat menghadiri kelas minggu ketujuh ini kerana terseliuh kaki, yang kemudian membengkak mengakibatkan saya terpaksa bertongkat seketika.


@: pape pon memang susah nak caye benda2 camni sebab kadang2 sume benda tu adalah kebetulan dan ketentuan.... 


Responses

0 Respones to "Ada Unsur Mistik Terlibat Dalam Akademi Fantasia 9?"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com