Hentian Puduraya Dah Macam KLIA



Kalau sebelum ni memang agak alergik nak pegi hentian pudu. dengan panasnya bahang lagi memang bepeloh ahh...tambah lagi asap2 bas fuuhh boleh sesak nafas dibuatnya. paling geram bila balik KL bas beratur panjang nak masuk tempat parking bas tuh, memang kena turun tepi jalan ahh. kalo nak dok dalam bas tu alamat 2 3 jam lagi baru leh masuk parking bas. so tepakselah jalan kaki+sedut asap bas+panas+bepeloh semate-mate nak ke lrt pudu.

tapi sejak hentian Pudu di renovate dah macam KLIA pun ada. takdenye nak alergik2 lagi pasni huhu



Hentian Puduraya yang ditutup sejak kira-kira setahun lalu untuk proses pengubahsuaian dan naik taraf, telah dibuka semula dengan wajah baru yang lebih segar dan moden. Dengan kos pengubahsuaian sebanyak RM52 juta turut menyediakan kemudahan ruang menunggu yang lebih luas dan selesa, lif, eskalator dan juga tandas awam yang turut dilengkapi dengan kemudahan mesra pengguna dari kalangan orang kelainan upaya (OKU). Di samping itu, perubahan ketara juga boleh dilihat melalui kaunter tiket yang lebih cantik dan sistematik di tingkat satu, medan selera di tingkat empat dan dewan solat yang mampu menampung 400 orang jemaah. Kelihatan orang ramai berada di ruang menunggu setelah Hentian Puduraya memulakan operasinya di sini, hari ini.
 


@: even dah cantek harap takde lagi orang2 y suke pangil2 pakse2 beli tiket tuh...ulat tiket ke tuh?


Responses

4 Respones to "Hentian Puduraya Dah Macam KLIA"

~hAKim ZaiLAn~ said...

waaa..da lama tak naik kat situ..sebab bas ke selatan dah naik kat terminal bersepadu selatan..
pun macam airport gak..gambar ada dlm ni..
http://kimzai92.blogspot.com/2011/04/tak-sangka-terserempak-ben-ashaari.html


April 16, 2011 at 7:21 PM
ambooyats said...

wah! da usya gamba2 tu
nmpkny lg cantek dr lcct huhu


April 16, 2011 at 7:27 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com