Peserta Imam Muda 2, Bekas ahli gimnastik, jurutera dan pensyarah



selepas program Imam Muda 1, kini ada pula sambungannya musim yang ke 2. calon peserta Imam Muda musim 2 kali ni juga lebih bervariasi. 


Senarai 10 Peserta Imam Muda Musim Kedua


  1. Mujahid Suhaimi, 20,bekas ahli gimnastik (Singapura-pelajar) 
  2. Zulfadli Awang, 24, (Brunei-pegawai masjid).
  3. Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa)
  4. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak-pensyarah)
  5. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor-guru besar)
  6. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum).
  7. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam)
  8. Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa)
  9. Mohd Azlan Zulkarnain, 25, (Kuala Lumpur-jurutera)
  10. Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan-fasilitator).

Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Sementara calon lain akan menerima pakej umrah, pakej percutian, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Kapsul IM2 akan disiarkan pada 25 April ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.55 malam, Mimbar IM2 (Jumaat, 6.30 petang, 29 April), Medan IM2 (Jumaat, 9 malam).

@:same2 kiter tonton yek :D

~mstar


Responses

0 Respones to "Peserta Imam Muda 2, Bekas ahli gimnastik, jurutera dan pensyarah"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com