Kutipan Filem Ngangkung RM 10 Juta Hebatnya! | Review Ngangkung



Ramai yang kata filem Ngangkung ni best, tapi me sendiri tak sempat nak tengok lagi. sebab tu tak heranlah filem Ngangkung hampir mencecah kutipan RM10 juta kata David Teo. hebatkan, first time kut filem tempatan mendapat kutipan sebanyak ni.

filem ngankung


Review Filem Ngangkung

Pengarah Ngangkung, memulakan babak filem ini dengan adegan saspen di sebuah tanah perkuburan terpencil, dimana tok bomoh bersama Taznim (Azad Jasmin) & Wan (Angah Raja Lawak) sedang membaca mentera untuk memanggil semangat perigi buta.

Adegan tersebut walaupun pendek, lakonan Angah sebagai Wan yang terketar-ketar ketakutan meleraikan ketawa seluruh pawagam apabila hantu perigi buta tersebut bermain-main dengan puting dia. Iya’lah, Angah kan boleh tahan debab badan’nya.

Filem komedi seram ini dijayakan lagi dengan kemunculan Lan Pet Pet sebagai pendeta, tetapi Wan & Taznim berjaya mengajak Azim untuk berjumpa dengan pendeta tersebut. Nak dijadikan cerita, selepas pendeta tersebut berjaya mendapatkan nombor daripada hantu, sebaik sahaja pendeta cakap ‘pergi’, hantu tersebut bersama Wan, Taznim & Azim turut hilang bersama. Itu’lah permulaan cerita di mana mereka bertiga diganggu & diekori hantu tersebut.

Ngangkung bukan sekadar komedi seram murahan, banyak mesej yang dihantarkan kepada penonton sepanjang tayangan 120 minit ini. Antara’nya babak selingan seorang gadis & sugar daddy yang ingin mengugurkan kandungan’nya, watak doktor lakonan Azlee Senario memberikan banyak implikasi kepada penonton, di mana Azlee menggunakan aparatus-aparatus tajam & bergerigi ketika menerangkan prosedur penguguran anak kepada pasangan tersebut. Kami pun rasa seram dan kejam apabila diterangkan begitu.

Lagi satu, dialog sinis antara doktor & Taznim. Ketika Taznim lengkap berhelmet keluar daripada kedai nombor ekor, dia ditegur oleh doktor. Doktor ketika itu bercerita hobi memburu, tanpa menggunakan ayat teguran secara terus, menggunakan ungkapan yang amat sinis bunyinya, seperti “tembak biar kena badannya, bukan ekornya, sebab ekor boleh bergerak-gerak,” sambil ibu jari menunjuk ke arah papan tanda kedai nombor ekor.

Pendek kata, filem Ngangkung berjaya menghiburkan penonton, dalam masa yang sama mesej-mesej penting sampai kepada penonton.

sumber: ohbulan

@: sape nak blanje me tengok filem ni angkt tangan


Responses

3 Respones to "Kutipan Filem Ngangkung RM 10 Juta Hebatnya! | Review Ngangkung"

BezBuddy said...

sy dah tgk ngangkung...best gilerrr...hahaha


December 10, 2010 at 5:43 PM
ambooyats said...

yke best kalo cmtu nk tengok la juga hehe


December 10, 2010 at 5:48 PM
Sallehudin Said said...

lawak giley ..
tapi nak ending sedih sikit la !


December 11, 2010 at 1:00 AM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com