Klip Video Azman Ismail "SAYA GAY, SAYA OK' Di Padam



Klip video Azwan Ismail seorang jurutera berusia 32 tahun yang membuat pengakuan bahawa dirinya GAY telah dipadam  oleh laman blog yang menyiarkan rakaman video pengakuan tersebut selepas dikecam hebat pelbagai pihak dan kononnya atas faktor keselamatan lelaki terbabit.

“Kami memutuskan untuk menurunkan video ‘Saya gay, Saya OK’ demi keselamatan kerana nyawanya (lelaki terbabit) diancam pelbagai komen dan blog dan pihak berkuasa keagamaan dilaporkan hendak mengambil tindakan ke atasnya,” kata moderator blog itu



Sasterawan Negara, Shanon Ahmad pernah menulis satu novelnya lebih kurang begini; kenali diri, kenali segala ia seolah memberitahu kita jika kita mengenali diri kita, mengenali tubuh kita, mengennali perasaan kita, mengenali pemikirann kita. Kitalah yang berhak memberitahu orang lain siapa yang kita ingin jadi dan bukannya mereka. Saya Azwan Ismail, umur saya 32 tahun. Saya telah mengaku dan telah mengambil masa yang agak lama untuk mengenali diri saya, untuk meyakini diri saya bahawa saya seorang gay dan apabilanya saya berani mengatakan saya seorang gay kepada orang lain setelah 30 tahun itu saya telah menjadi seorang yang kuat dan yakin dengan apa yang bakal saya lalui pada masa depan. Memang tidak dinafikan agak sukar untuk menjadi seorang gay di Malaysia terutamanya jika kita seorang yang Melayu kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita dan memberitahu kita apa yang perlu kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi. Tapi jika kita ingat bahawa apa yang diberitahu orang lain, apa yang diberitahu oleh guru-guru kita, ustad kita, kawan-kawan kita kebanyakkannya dari pandangan seorang heterosexual. Mereka tidak merasai dan tidak memahami menjadi seorang yang gay. Kita lebih mengetahui diri kita dan kita perlu mengambil masa dan terus mencuba untuk memberitahu orang-orang sebegitu. Saya yakin keadaan akan menjadi lebih baik kita cuma perlu mencari sumber sumber kekuatan disekeliling kita kerana terdapat mereka yang dapat membantu kita dan akhirnya dapat memberikan keyakinan kepada diri kita untuk menempuhi hari-hari yang akan datang sebagai seorang gay yang lebih tabah. Saya harap anda akan akhirnya dapat menemui super kekuatan itu dan berpegang kepadanya dan akhirnya yakin untuk memberitahu kepada orang lain, Saya Gay, Saya OK.


Azwan Ismail.

Berita Penuh

KUALA LUMPUR: Selepas dikecam hebat pelbagai pihak, laman blog kontroversi yang menyiarkan rakaman video pengakuan gay seorang jurutera Islam mengalah dan memadamkan klip video itu kononnya atas faktor keselamatan lelaki terbabit.

Dalam posting terbaru laman terbabit, moderator blog itu menjelaskan klip video itu dipadam kerana bimbang tindakan pihak berkuasa ke atas lelaki itu.


“Kami memutuskan untuk menurunkan video ‘Saya gay, Saya OK’ demi keselamatan kerana nyawanya (lelaki terbabit) diancam pelbagai komen dan blog dan pihak berkuasa keagamaan dilaporkan hendak mengambil tindakan ke atasnya,” kata moderator blog itu.

Bagaimanapun, dalam posting sama, moderator blog itu berkeras akan empertahankan hak golongan yang bernafsu songsang seperti gay dan lesbian.

Sementara itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan belum menerima laporan atau aduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkenaan laman blog terbabit.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SKMM kepada Harian Metro semalam, pihak berkuasa boleh memohon kepada SKMM untuk meminta pihak pemberi perkhidmatan Internet menyekat laman web itu daripada diakses pengguna di Malaysia jika didapati melanggar undang-undang negara di bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Setiap laman web tertakluk kepada undang-undang negara dan untuk kesalahan menghina agama, peruntukan undang-undang yang boleh diguna pakai ialah Kanun Keseksaan dan enakmen jenayah Syariah Negeri yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam bagi negeri berkenaan,” katanya.

SKMM menyeru semua pengguna siber bersikap lebih rasional dan bijak memanfaatkan kemudahan seperti Internet serta berkongsi maklumat dan informasi yang baik dan positif

-hMetro

@: nak wat video "saye gedik, saye ok" howt tak? ahah


Responses

0 Respones to "Klip Video Azman Ismail "SAYA GAY, SAYA OK' Di Padam"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com