Ibu Terkedu 2 Anak Peluk Kekasih Dalam Bilik Tidur



Ibu mana yang tak terkejut apabila melihat dua anak gadisnya yang berusia 13 dan 15 tahun tidur berpelukan bersama teman lelaki masing-masing di dalam bilik tidur.


si ibu yang menyedari kejadian tu pada 3.30 pagi di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, lantas memberitahu suaminya. si ayah bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis dan teman lelaki kepada dua beradik yang berusia 17 dan 20 tahun ditahan atas kesalahan rogol.

pasti luluh hati si ibu bila melihat anak-anaknya yang masih bersekolah dalam keadaan begitu. tapi budak2 skang memang susah nak kawal banyak sangat pengaruh luar. asalkan pandai jaga diri sendiri tu dah memadai. 

Berita penuh

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.


Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.


Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya

sumber: Metro online


@: berita panas dari Metro sebelum ni: Aksi panas dua beradik terlampau


Responses

8 Respones to "Ibu Terkedu 2 Anak Peluk Kekasih Dalam Bilik Tidur"

.ima. said...

mintak simpang la bende2 cmnie..bdk2 skang memang susah nak kawal..


December 25, 2010 at 8:48 AM
ambooyats said...

tu la pasal moga dijauhkan..


December 25, 2010 at 9:15 AM
☆aDihAys☆ said...

takutnyer..mintak2 dijauhkan..


December 25, 2010 at 10:24 AM
Liz said...

Nauzubillah min zalik..takut la liz..jauhkan dari keluarga liz benda seperti ini


December 25, 2010 at 11:10 AM
ambooyats said...

adihays~ emm harap2 mcm tu la


December 25, 2010 at 11:37 AM
ambooyats said...

sisi liz~ cbran parents nak jge ank2 skg mmg besa uhuh


December 25, 2010 at 11:38 AM
cg_mila said...

apa nak jadilah ngn budak2 zaman skunk.susah nk dibendung betol la.haish!malu la wess.=.=


December 25, 2010 at 11:45 AM
NuSaNa NoSa 91 said...

semoga dijauhkn.. huk3~ T__T


December 25, 2010 at 2:57 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com