Filem Ngangkung Lagi Hebat Dari 2 Alam | Sinopsis & Trailer Ngangkung



Hebat juge filem tempatan ni dalam masa seminggu sudah mengutip RM3.2 Juta. walaupun promosi tak sehebat 2 Alam, filem Ngangkung mendapat kutipan jauh lebih banyak berbanding 2 Alam yang hanya mengutip 0.23juta dalam seminggu.

filem ngangkung



Sinopsis:
Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor. Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.
Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.
Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka


Trailer filem Ngangkung



Responses

1 Respones to "Filem Ngangkung Lagi Hebat Dari 2 Alam | Sinopsis & Trailer Ngangkung"

kyoO~rEz@ said...

mmg ngangkung best..hu3


December 4, 2010 at 12:01 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com