Princess Diana Tak Pernah Lulus Exam



Tengah layan Kosmo! online tadi me terbaca satu artikel pasal mendiang Princess Diana. Artikel tu pasal nota kelas peperiksaan 0-level milik Diana yang merupakan ibu kepada pewaris kedua takhta Britain, Putera William ditemui dalam tong sampah. Diana menulis nota dalam buku itu pada 1977 semasa dia berumur 16 tahun dan bersekolah di Sekolah West Heath Girls di Sevenoaks, Kent.


Dan me baru tahu yang Princess Diana gagal dalam semua peperiksaan O-level dan dalam notanya dipenuhi dengan banyak kesilapan seperti memanggil tokoh falsafah Yunani, Aristotle sebagai Aristocktile. Buku itu turut menunjukkan kelemahan Diana dalam bidang matematik apabila dia tidak dapat mengira £2.80 campur £8 dengan mencongak. Puteri tu terpaksa menulis angka itu dalam buku tersebut untuk mendapatkan jawapan.
buku nota Princess Diana

Setiap orang ade kelebihan masing-masing, mungkin Diana memiliki kelebihan dari segi paras rupa tapi tidak begitu bijak dalam pelajaran. Pada 1997, Puteri Diana meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Paris bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed setelah dia bercerai dengan bapa Putera William, Putera Charles. 

@: tak pass exam pun leh jadi princess tuu...


Responses

7 Respones to "Princess Diana Tak Pernah Lulus Exam"

Siti Mashitah Saidin said...

erk, kalo exam fail leh jadi princess eh?? sy bole?? :P


November 1, 2010 at 7:38 PM
ambooyats said...

haha boley2 tp kne kawen dulu gn prince william


November 1, 2010 at 8:04 PM
+dieabella+ said...

lorr..sengal rupeye..xpenah tau pon..hehehe


November 2, 2010 at 1:24 AM
ambooyats said...

haha aku pon baru taw


November 2, 2010 at 1:26 AM
zaCk said...

walaupun dia tak pandai .. dalam pelajaran .. tapi dia suka membantu dan menderma ... dia byk abiskan duit istana untuk membatu orang yang susah .. tapi semua tu org dah lupa kan ... malah ada yang tak tahu pun ..


June 15, 2011 at 9:53 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com