(Gambar) Majlis Akad Nikah Elyana Dan Khairul



ASalam semua, semalam penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36, di Duchess Place, Jalan Ampang pada pukul 9.40 malam, Jumaat 19 November. Suami Elyana, Khairul adelah pemilik restoran Jepun di Bangsar.











Elyana tampil langsing dan anggun dengan busana berbentuk kurung moden biru Tiffany dengan kilauan lebih 3000 swarozki yang diuliskan di atas busana istimewa yang diilhamkan khas Hatta Dolmat dari Hatta Dolmat Couture.




Sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000. Hantaran dari pihak lelaki termasuklah setepak sireh, sebentuk cincin berlian Estrella, seutas jam tangan Cerruti, sepasang beg dan dompet Louis Vuitton, set harumanLovely Sarah Jessica Parker dan manisan berbentuk coklat.

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan sireh junjung, sebentuk cincin Estrella, seutas jam tangan Tag Heuer, sepatu Lacoste, dompet Louis Vuitton, set haruman Bulgari dan buah-buahan. Majlis persandingan akan diadakan pada hari ni, Sabtu pukul 12 tengah hari. 
tahniah :D


Responses

8 Respones to "(Gambar) Majlis Akad Nikah Elyana Dan Khairul"

fairuz said...

tapi dia punye rail pengantin tu buat dia nampak gemuk..uhuhu


November 20, 2010 at 11:34 AM
siti rahmah bahrom said...

hukhuk.. elyana da kawen eh. tahniah laa


November 20, 2010 at 11:39 AM
CiPoT CeDoT said...

alaa..kempunan la aku....


November 20, 2010 at 12:00 PM
ambooyats said...

fairuz~ke elyana mmg dh gemuk eheh

siti~a'ah da kawen da

cipot~kempunan mkn nsik myk ke? hihi


November 20, 2010 at 12:10 PM
Cik Anis said...

kenape elyana nmpk mcm berisi eh?huhu..tp still gorgeous jugk..nmpk seri pengantin..

:)


November 20, 2010 at 1:51 PM
Bazilah said...

suka lah kaler baju dia! :D


November 20, 2010 at 8:11 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com