Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1



Salam semua, dalam artikel kosmo!arini filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 berjaya mencatat kutipan sebanyak AS$61.2 juta (RM190.5 juta) pada hari pertama tayangannya. fuhh jauh beza gan filem 2 Alam yang mengutip RM 2 Juta saja. nampaknya dR Rozmey tepaksalah import Pamela Anderson tuk belakon dalam filemnya pasni.





SINOPSIS

Bahagian 1 bermula apabila Harry, Ron dan Hermione berada dalam misi berbahaya untuk menjejaki dan memusnahkan Horcruxes - rahsia keabadian dan kekuatan Voldemort. Tanpa bantuan dari pensyarah mereka serta perlindungan dari Professor Dumbledore, mereka bersatu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi, Dark Forces cuba untuk menentang dan memisahkan mereka.

Sementara itu, dunia sihir telah menjadi tempat yang paling bahaya untuk semua musuh Dark Lord. Peperangan bermula dan Voldemort’s Death Eaters telah merebut kuasa Kementerian Sihir dan juga Hogwarts di mana mereka mengganas dan menahan semua yang menentang mereka.

Harry merupakan satu-satunya harapan untuk menemui Horcruxes sebelum Voldemort menemuinya. Tetapi, semasa Harry mencari petunjuk, Harry telah membongkar satu kisah lama yang hampir dilupakan iaitu Lagenda Deathly Hallows. Sekiranya lagenda itu bertukar menjadi realiti, Voldemort akan mendapat satu kuasa hebat yang di cari-cari selama ini.

Harry tahu yang masa depannya telah ditentukan oleh masa silamnya di mana pada hari penentuan dia akan menjadi "the Boy Who Lived". Bukan sekadar budak lelaki, Harry Potter digambarkan memikul tanggungjawab untuk memusnahkan Voldemort di mana dia telah pun bersedia pada hari pertama dia memasuki Hogwarts.


Trailer Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Review Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Review:

Harry Potter and Half Blood Prince berakhir dengan Harry Potter dan Albus Dumbledore mendapatkan loket Salazar Slytherin yang palsu dan Severus Snape membunuh Albus Dumbledore.

Harry Potter kali ini bermula dengan pemindahan Harry Potter ke tempat persembunyian iaitu di rumah Weasley. Harry Potter dibantu oleh sahabat2 sejatinya yang meminum Polyjuice Potion dan bertukar menjadi Harry untuk mengelirukan pihak musuh. Malangnya pemindahan tersebut telah diketahui oleh Voldemort dan mereka diserang dalam perjalanan tersebut. Prof Mad-eye Moody dan Hegwid (burng hantu harry) terkorban semasa pemindahan tersebut.
Di rumah Weasley, pekahwinan Bill Weasley dan Fleur Delacour(HP and Goblet of Fire) diadakan. Menteri magik datang berjumpa untuk memberikan wasiat terakhir kepada Harry, Ron dan Hermione. Professor Dumbledore memberikan Deluminator kepada Ron Wiesley, buku The Tales of Beedle the Bard kepada Hermione dan Snitch pertama yang Harry tangkap kepada Harry. Semasa majlis perkahwinan diadakan, mereka diserang oleh Death Eater menyebabkan Hermione, Ron dan Harry menggunakan teknik “Apparate” untuk ke tempat lain.
Semasa di rumah Sirius Black, Harry mendapat tahu bahawa R.A.B adalah Regulus Arctus Black iatu adik Sirius Black. Dan house elf Black, Kreacher memberitahu bahawa loket asal telah dicuri oleh Mundungus Fletcher. Kemudian dilihat Kreacher dan Dobby(HP And Prisoner of Azkaban) datang membawa Mundungus kepada Potter. Mundungus memberitahu bahawa loket tersebut telah diambil oleh Dolores Umbridge (HP Order of Phoenix).
Harry, Ron dan Hermione kemudian menyamar menjadi staf minstry of magic untuk mencuri loket tersebut. Terdapat insiden2 menarik di sini dan mereka berjaya mencuri loket tersebut. Semasa melarikan diri, Ron telah dicederakan teruk. Bermacam2 spell telah digunakan namun loket tersebut tidak dapat dimusnahkan. Loket tersebut kemudian dipakai bergilir2 oleh mereka bertiga.
Semasa, memakai loket tersebut. Ron telah memarahi Hermione dan Harry kerana perasaan cemburu terhadap kerapatan mereka berdua. Ron kemudian bertindak meninggalkan mereka berdua. Semasa tinggal berdua, Harry dan Hermione mendapat tahu bahawa pedang Godric Gryffindor(HP chamber of secret) diperlukan untuk memusnahkan Horcrux. Harry dan Hermione telah pergi ke tempat asal Harry iaitu Godric’s Hollow untuk mencari maklumat tentang pedang tersebut. Malangnya, mereka telah diserang oleh Nagini, ular Voldemort dan menyebabkan wand Harry patah.
Semasa Harry sedang berjaga malam, dia didatangi oleh satu cahaya dalam bentuk kancil yang membawa ke sebatang sungai beku. Pedang Godric Gryffindor terdapat dalam sungai tersebut. Harry bertindak untuk menyelam dan mengambil pedang tersebut memandangkan spell “accio” tidak berhasil. Semasa menyelam loket Salazar Slytherin telah aktif dan bertindak menjauhkan diri dari pedang tersebut dan menyebabkan Harry hampir lemas. Ron datang menyelamatkan Harry dan mengambil pedang tersebut.
Semasa bertindak untuk menghapuskan loket tersebut, bayang Harry dan Hermione telah keluar dari loket tersebut dan menggangu fikiran Ron. Namun, Ron lebih kuat dan berjaya menghapuskan loket tersebut. Ron kembali kepada Hermione dan bercerita bagaimana dia boleh kembali kepada mereka. Ron memberikan satu wand yang diambil dari snatcher kepada Harry. Hermione memberitahu tentang lambang yang mereka selalu lihat kepada Harry dan bertekad ingin pergi ke rumah Ayah Luna Lovegood, Xenophilius Lovegood.
Di rumah Lovegood, Xenophilius memberitahu bahawa lambang tersebut adalah lambang Deathly Hallows. Dia memberitahu tentang kisah “Tales of three brothers” dan mengenai 3 benda ajaib iaitu elder wand milik Dumbledore, resurrection stone (Horcroux kedua yang telah dihancurkan oleh Dumbledore) dan Colak of invisibility yang dimiliki oleh Harry Potter. Jika seseorang memiliki ketiga2 barang tersebut, dia lebih hebat dari death. Kemudian mereka mengetahui luna telah diculik oleh death eater. Dan kemudian Death Eater telah menyerang rumah Lovegood.
Selepas mereka apparate, mereka telah terserempak dengan snatcher dan kemudian membawa mereka kepada Death Eater di rumah Malfoy. Harry dan Ron dikurung dan mereka berjumpa Luna, Griphhok dan Ollivander(HP philosoper’s stone). Sementara Hermione telah diseksa oleh Bellatrix Lestrange. Harry dan Ron telah diselamatkan oleh Dobby. Kemudian mereka telah pergi berlawan dengan Death Eater dan berjaya menyelamatkan Hermione. Semasa Hendak Apparate, pisau Bellatrix telah berjaya mengenai Dobby dan meneybabkan Dobby terbunuh. Dan pada penghujung cerita menunjukkan bahawa Voldemort berjaya mengambil Elder Wand dari kubur Dumbledore.



me memang suke sangat tengok cite Harry Potter, yang ni mesti nak tengok :D


Responses

5 Respones to "Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1"

man yusoef said...

yup..geng!!!..tp xtengok lg harry potter....tapi 2 Alam tu dpt 2 juta boleh tahan gak la..ingtkan xsampai sejuta pon...hahaha


November 22, 2010 at 12:19 PM
ShueQry said...

pembetulan, ayat ni salah tau:

"Ron memberikan Deluminator kepada Ron"

ayat yang betulnya adalah "Professor Dumbledore memberikan Deluminator kepada Ron Wiesley".

Please betulkan ya :) I love to read this blog.

Salam perkenalan dari ShueQry.


November 22, 2010 at 1:15 PM
ambooyats said...

man~tu kata dr rozmey 2 juta tak taw le btl ke tak uhuh

shueqry~thanks so much atas pembetulan hihi dah betulkn :D thanks ya


November 22, 2010 at 2:40 PM
Roxy zai said...

hahahhaa..xpernh minat harry potter=p


November 22, 2010 at 3:33 PM
ambooyats said...

laa xmnt ka eheh...best!


November 22, 2010 at 6:02 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com