Filem Animasi Megamind Menghiburkan



Me memang suka layan filem-filem animasi ni seperti Shrek, Madagascar, age of ice dan banyak lagi lah. dan yang terbaru filem animasi Megamind yang menghiburkan dan penuh aksi melucukan arahan Tom McGrathdibintangi oleh Will Ferrel (Megamind), Brad Pit (Metro Man) dan Tina Fey (TV reporter Roxanne Ritchi).


 Sinopsis: 
Megamind mengisahkan penjenayah yang terkenal dengan ciptaan hebat untuk menakluk dunia seringkali tewas kepada saingannya, Metro Man. Setelah lebih 20 tahun berusaha, secara tidak sengaja ciptaan Megamind telah membunuh musuhnya itu. 

Namun keadaan tidak semudah yang disangka, dia mula merasa kehilangan dan menakluk dunia tidak pernah menggembirakan hatinya. Dalam pada itu, Megamind menyedari dirinya telah jatuh hati kepada Roxanne Ritchi, seorang wartawan TV.

Kebosanan menakluk dunia telah melahirkan satu idea untuk mencipta hero baru yang lebih hebat daripada Metro Man. Mampukah orang biasa bertindak sebagai hero apabila diberikan kuasa luar biasa? Adakah Megamind mampu menewaskan hero ciptaannya sendiri?

nak tahu cerita selanjutnye jom tengok kat cinema bermula 4 November (hari ni) heee~ pasti sonok. me paling suke tengok movie kat cinema Pavilion, memang tip top. harge tiket pun tip top gak banding gan Time square.
@: jangan ingat budak je leh layan citer2 cengini, me pun layan gak huhu


Responses

4 Respones to "Filem Animasi Megamind Menghiburkan"

gnesop.com said...

wah.. boleh bawa anak gi tgk nih..


November 4, 2010 at 11:38 PM
ambooyats said...

mesti bebudak ske tengok


November 5, 2010 at 12:37 AM
cikani said...

cikani pn tersgt2 suka tgok filem animasi=)


November 5, 2010 at 1:10 AM
ambooyats said...

wah samelah kite cikani hihi


November 5, 2010 at 1:38 AM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com