Buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus'



salam, entry kali ni adalah dari keyword nuffnang yang sampai ke blog ni. me pun berminat juga nak tahu pasal buku Perubatan islam menangkis kejahatan makhluk halus sehingga menyebabkan seorang anak lelaki hilang kawalan dan menetak ibunya.


serba sedikit berkenaan buku ni me akan kongsi disini

Tajuk : Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus
Pengarang : Sharhan Bin Shafie &Fakhrul Ridzha Bin Abd. Rahman 
Penerbit : Sinar Zamdurrani


Biodata penulis:


Ustaz Sharhan bin Shafie,Berasal dari Kg Air Merah, Macang, Kelantan, mendapat pendidikan awalnya disekolah Kebangsaan Air Merah dan kemudian menyambung pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Arab Shamsul Ma'arif.
Menyambung pengajian tingginya di kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab selama tiga tahun. Di KUSZA, beliau pernah diamanahkan sebagai Naib Presiden Dewan Tertinggi Pelajar. 
Telah melibatkan diri di dalam perubatan semenjak di bangku sekolah lagi, Melalui ilmu dan pengalaman yang telah dikiliki, Ustaz Sharhan telah mengadakan "klinik Perubatan Islam " di Kedah dan Kuala Lumpur.


Isi kandungan:

Menyingkap rahsia alam jin dan syaitan dan memperkenalkan jenis-jenis gangguan makhluk tersebut kepada manusia. Menceritakan ciri-ciri yang perlu ada pada diri setiap pengamal ilmu perubatan Islam. Juga menyediakan cara bagaimana menghadapi ilmu hitam, saka, mengubati santau dan lain-lain


  • Menyingkap Rahsia jin & syaitan
  • Menangkis Kejahatan Ilmu Hitam
  • Santau, Bahaya Dan Penawarnya
  • Liku-Liku Seorang Mua'lij (Perawat)
  • Menyingkap Rahsia Saka & Keturunan
  • Rihul Ahmar; Stroke atau Lumpuh dan Rawatan
  • Penyembuhan Al-Quran.
menurut ustaz Sharhan, buku sulung yang ditulisnya itu langsung tidak mengandungi unsur-unsur kurafat yang boleh mendorong seseorang untuk bertindak di luar kawalan termasuk membunuh. Dalam proses penulisan buku itu, beliau banyak membuat rujukan kepada tokoh-tokoh agama termasuk mufti dari beberapa buah negeri bagi memastikan buku yang ditulis itu tidak mengandungi perkara yang bercanggah dengan agama. Tujuan utama penulisan buku yang diterbitkan pada tahun 2005 itu ialah semata-mata untuk berdakwah selain menggalakkan umat Islam yang menghidap penyakit menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rawatan. 

@: sebenarnye bukan buku ni yang bermasalah tapi orang y membacanye tu ber'masalah'


Responses

0 Respones to "Buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus'"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com