Slot Akasia Chinta Di TV3



Kali ni me nak cerita pasal drama pula, mesti ramai yang minat tengok drama Chinta ni. me pun minat juge  tapi tak la follow sangat. sebabnye nak tengok tv kat kolej ni sangatlah susah paling2 pun kat cafe. so, sambil order makanan kat cafe petang2 tu sempat jugalah layan cerita ni. Drama ni bermula pukul 6.30 hingga 7.30 PM setiap Isnin hingga Khamis.



Synopsis:

Chinta berkisar tentang pergolakkan hidup dan percintaan seorang gadis jelita yang terjebak di dalam kancah pelacuran. Dibintangi oleh Adi Putra, Faradhiya, Azhar Sulaiman dan Fasha Sandha sebagai watak utama, Chinta, akan mula bersiaran mulai 27hb September, dalam slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya. Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.
walaupun ramai yang tak suka Fasha Sandha tapi me minat tengok cara die belakon. kire die boleh bawa watak tu dengan berkesan. tambah lagi gan eskpresi muke die mampu hidupkan watak tersebut
@: cuti ni balik umah nak layan tv puas2 huhu balas dendam... 


Responses

0 Respones to "Slot Akasia Chinta Di TV3"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com