Majlis Akad Nikah Dr Sheikh Muszaphar&Dr Halina-Wang Hantaran Dirahsiakan!



hari ni saja dah berapa kali post pasal Perkahwinan Dr.SMS
hee~~~excited kut
entry sebelumnya boleh baca kat pre-wedding dan wedding



Dengan sekali lafaz nikah, angkasawan negara Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah menjadi suami kepada Dr Halina Mohd Yunos.
Pernikahan diwalikan oleh bapa pengantin perempuan iaitu LT Kol (B) Mohd Yunus Mohd Ali terlaksana pada jam 11.40 pagi di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Pihak pengantin lelaki telah memberikan 9 dulang berbalas 11 dulang daripada pengantin perempuan yang mana mas kahwinnya berjumlah RM80 tunai. Pihak perempuan telah membalas dulang hantaran seperti cincin, sirih, sejadah, baju melayu, minyak wangi, songket, jam tangan, coklat, minyak wangi dan kek.
Manakala pengantin perempuan telah memberikan baju kurung, telekung, cincin, minyak wangi, jam tangan, rantai dan beg tangan.
Ditanya kepada ayahnda Halina tentang jumlah wang hantaran yang diberikan pihak lelaki, Yunus hanya tersenyum dan menyifatkan ia sebagai rahsia.
"Jumlah wang hantaran, biarlah pihak keluarga saja yang tahu. Sebagai bapa, perasaan saya sama seperti bapa lain yang menerima menantu. Saya berharap kedua mereka sedar bahawa mereka bukan lagi seperti dulu.
"Mereka sudah berkahwin dan ada tanggungjawab masing-masing. Mereka perlu ada pegangan yang satu iaitu Allah. Walau macam mana sekalipun, mereka perlu pertahankan agama barulah tidak terjadi cerai-berai yang semakin berleluasa," katanya.
Apapun, Sheikh Muszaphar yang tidak lekang dari senyuman berkata masih belum ada perancangan untuk berbulan madu. Pun begitu, dia menyatakan bahawa bakal mengerjakan haji dalam masa terdekat ini bersama isterinya.


"Kalau ditanya pada saya soal anak, sudah tentu saya nak anak 10. Sebab itulah juga saya pilih tarikh 10.10.10. Apapun, Halina mempunyai ciri-ciri wanita yang ada disebut dalam Islam untuk dipilih sebagai isteri," ujar Sheikh Muszaphar.
Setia disisi suaminya, Halina mengakui suaminya itu tidak pernah berubah dan sama seperti 8 tahun lalu di mana mereka mula berkenalan.
"Syukur, semuanya selamat . Suami saya tak pernah berubah walaupun dia popular. Saya sudah bersedia menjadi isterinya selepas 8 tahun bercinta," katanya.
Majlis pernikahan itu tadi turut meriah apabila 80 angkasawan dari seluruh dunia mewakil 20 buah negara datang menyaksikan sendiri bagaimana akad nikah dijalankan. Antara 80 angkasawan tersebut termasuklah angkasawan wanita pertama dunia dan angkasawan pertama beragama Islam.
Perkahwinan terhebat ini akan diteruskan dengan majlis persandingan yang akan diadakan pada malam ini di dewan perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis persandingan ini akan disiarkan siaran langsung di TV3 bermula jam 9 malam.
Menurut Sheikh Muszaphar, setiap angkasawan yang hadir akan diberikan baju melayu dan kurung untuk mereka menyelami adat tradisional melayu. Manakala setiap konsep dan hidangan akan membuatkan hadirin seperti berada di kapal angkasa.(murai.com)

p/s: ingatkan mas kahwin RM 80 ribu, tekejut berok dibuatnya. rupanya RM 80 henget..huhu suspen jek


Responses

0 Respones to "Majlis Akad Nikah Dr Sheikh Muszaphar&Dr Halina-Wang Hantaran Dirahsiakan!"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com