Imam Muda Asyraf Tunai Haji



Asyraf bersama-sama isterinya, Nurhusna Yusof ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu
Juara Imam Muda, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji pada Ahad, pukul 1.30 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Menurut Asyraf, dia menunaikan haji atas tiket hadiah yang dimenanginya dalam programImam Muda yang berakhir pada Julai lalu.
Saya pergi menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani isteri. Saya mohon maaf andai ada kesilapan. Doakan semoga saya mendapat haji mabrur dan sihat di sana.
“Saya akan kongsikan dan kemaskini segala info di Facebook Imam Muda Asyraf dan laman web www.imamudasyraf.com. Insya-Allah, saya akan pulang ke Malaysia pada 30 November ini,
Selain hadiah pakej menunaikan haji, dia turut mendapat pakej menunaikan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi.
Imam di Masjid Desa Petaling, Kuala Lumpur itu juga menerima biasiswa pakej 'Berlian' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah berserta sebuah kereta Proton Exora.
Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.(sumber-mStar)
-moga dapat juga menjejakkan kaki ke tanah suci bersama mak dan ayah-


Responses

1 Respones to "Imam Muda Asyraf Tunai Haji"

Roxy zai said...

waaa..alhamdulillah..bila laa turn i pula


October 17, 2010 at 2:11 AM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com