Bila siSuami Kurang Matang...beginilah jadinya




Rita Rudaini Keliru, Terkejut Dengan Tindakan Aidil?


Murai: selepas pemain bola sepak terkenal Aidil memfailkan permohonan sulh dan hak penjagaan anak terhadap pelakon, Rita Rudaini, hari ini dikejutkan pula dengan kenyataan Rita yang dikatakan musykil dengan tindakan Aidil tersebut. Rita yang hanya mengetahui tentang berita suaminya ke mahkamah menerusi media itu benar-benat terkejut kerana sebelum itu suaminya ada menyatakan bahawa dia menyayangi Rita dan anak .

Tambahan lagi menurut sumber memberitahu Rita akui hubungan mereka sudah tidak ada apa-apa masalah lagi dan dsemuanya berada dakan keadaan yang baik terutama sejak kali terakhir mereka bertemu. Sebelum ini Aidil turut berjanji kepada Rita bahawa dia akan menjaga rumah tangga mereka dan memastikan kandungan Rita yang baru berusia tiga bulan berada dalam keadaan baik.

Rita yang sedang berbadan dua sekarang ni semakin keliru dengan tuntutan hak penjagaan anak oleh Aidil itu kerana mereka belum bercerai dan masih sah suami isteri.

Buat masa ini, Rita tinggal sementara waktu di rumah adiknya yang terletak di Taiping, Perak manakala Aidil pula tinggal di rumah keluarganya yang terletak di Sikamat, Seremban.

@: bila siSuami kurang matang, isteri pula janganlah kebudak-budakan. Cerita rumahtangga dah macam drama bersiri dalam paper. (hahak pandai je aku mengata)



Responses

2 Respones to "Bila siSuami Kurang Matang...beginilah jadinya"

BezBuddy said...

restu ibubapa tu penting....aidil tu muda lg dah nak kawen...pikir pun xmatang lg..aishh


October 28, 2010 at 3:31 PM
ambooyats said...

tu la pasal nmpak sgt xmatang xleh nk bt keputusan sendiri..anak mak kut


October 28, 2010 at 4:33 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com