Anak Sulung Sosilawati Sudah Berpunya?




Hubungan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dengan penyampai berita Bernama TV, Zulkifli Bujang, 32, dilihat ramai bagai merpati dua sejoli, seolah-olah menggambarkan dua insan yang hangat bercinta.

Malah, Rita juga sering dilihat bersama Zul iaitu ketika ke pejabat Nouvelles Visages (NV) di Kampung Baru serta kediamannya di Taman Harmonis, Gombak.

tapi kedua2nya mengatakan hubungan mereka tidak lebih sebagai kawan.

Menurut Rita, dia mengenali Zul sejak lebih 10 tahun lalu kerana pemuda itu pernah bekerja dengan ibunya sebagai pegawai perhubungan awam.

“Zul pernah bekerja dengan emak Rita. Rita kenal dia ketika masih bersekolah lagi. Rita memang rapat dengan kakitangan emak. Kebetulan apabila kejadian ini berlaku (kes pembunuhan itu), Zul datang menziarah,” katanya.

Mengulas mengenai kemesraan mereka berdua sewaktu Rita diwawancara di konti, gadis itu berkata, ketika diajukan beberapa soalan oleh deejay bertugas, dia gementar kerana pertama kali ke udara.

“Saya tidak pernah ke udara selama ini. Jadi, waktu itu saya terlalu gementar hingga tidak mampu menjawab soalan.

“Mujur Zul yang berpengalaman dalam bidang penyiaran ada di situ dan tolong mengingatkan serta memberi panduan kepada saya,” katanya.

“Saya tak mahu gosip itu mengganggu hubungan kami. Nanti jadi tak seronok kerana kami cuma kawan. Saya berterima kasih kepada Zul kerana banyak membantu,” katanya yang kini mengambil alih tanggungjawab menguruskan empayar perniagaan ibunya.

Ditanya sama ada dia sudah berpunya, sambil ketawa Rita berkata: “Saya masih single.” Sementara itu, Zul ketika diminta memberi reaksi mengenai hubungan mesranya dengan Rita berkata, perkara itu hanya andaian orang.

Dalam perbualan menerusi Yahoo Messenger, dia berkata, sekarang bukan masa sesuai untuk membicarakan perkara itu kerana Rita dan keluarga masih bersedih dengan kejadian yang menimpa ibunya.

“Rasanya kita patut memberi ruang kepada Rita dan keluarga serta adik-beradiknya untuk menyelesaikan kes ibu mereka terlebih dulu. Lebih-lebih lagi dia kini menstruktur semula syarikat. Tanggungjawabnya besar ketika ini,” katanya.-hMetro-



Responses

0 Respones to "Anak Sulung Sosilawati Sudah Berpunya?"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com