Aku Tak Bodoh



Jangan hairan pula baca tajuk untuk entry kali ni, me bukan sesaja nak mencarut tapi 'Aku Tak Bodoh' yelah satu lagi filem baru yang bakal ditayangkan pada 2 Disember ni. nak tahu apa jalan cerite filem ni? jum baca sinopsis




SINOPSIS: AKU TAK BODOH

Mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara computer, percaya bahawa melalui kritikan anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.

Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya.

Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah yang menyebabkan ibubapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk di kawal lagi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Ibubapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran ibubapanya. Apa akan terjadi pada keluarga ini seterusnya? Bahagia atau kehancuran yang bakal mereka tempuhi?
Antara artis yang berlakon dalam filem ni seperti Dato Jalaluddin, Adibah noor, Amy mastura, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi

Aku Tak Bodoh

Aku Tak Bodoh
filem yang bertemakan komedi dan kekeluargaan


Aku Tak Bodoh
salah satu babak dalam cerita ni

@: menarik ke tak filem ni kene tunggu tayangan 2 Dis ne..


Responses

2 Respones to "Aku Tak Bodoh"

Izzaty said...

Gua penah tengok cite ni tapi keluaran Singapore, I Not Stupid Too. Kalau tak salah gua, maybe Malaysia adaptasi balek dari Singapore punya. Harap Malaysia punya product lebih ngam ho!


November 20, 2010 at 11:06 PM
ambooyats said...

a'ah penah bace gak pasal filem ni tiru filem luar..tp filem melayu kualiti kureng sket hihi


November 20, 2010 at 11:40 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com