Raya Kedua : Rancangan Menarik Di Astro RIA





Siti


KONSERT SATU DATO’ SITI NURHALIZA BHG 1 & 2
Jumaat & Sabtu, pukul 9.00 malam, 10 & 11 September 2010

Konsert Satu Siti mempersembahkan artis nombor satu tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza membuat persembahan ulung di Istana Budaya kini dipersembahkan melalui kaca televisyen. Saksikan alunan merdu artis pujaan negara di dalam konsert penuh gemilang ini.
Lebaran Diva Dato Siti


LEBARAN DIVA DATO' SITI
Sabtu, pukul 4.00 petang, 11 September 2010

Pastinya Raya anda lebih meriah dengan dendangan suara Dato' Siti Nurhaliza, Saksikan kemerduan dan kelunakan suaranya mengalunkan lagu-lagu terbaiknya dalam rancangan ini. Buat pertama kalinya, Dato’ Siti berganding dengan Juara AF8, Shahir dan Bintang AF7, Akim, istimewa di Hari Raya Aidilfitri ini. Hanya yang terbaik di Lebaran Diva Dato' Siti.

Artis: Dato’ Siti Nurhaliza, Shahir AF8, Akim AF7

lll shot semua


LEMANG, LEBARAN, LABUCI (BHG 2)
Sabtu, pukul 8.30 malam, 11 September 2010

Bahagian 2- Sarimah : Lemang lebaran labuci, merupakan sebuah program khas di aidilfitri yang dihoskan oleh 3 personaliti menarik iaitu Jimmy Shanley, Sarimah dan juga juara baru AF8, Shahir. Episod kedua ini yang dihoskan olen pengacara sensasi, Sarimah Ibrahim yang mengetengahkan uniknya anyaman ketupat dahulu dan sekarang serta pembuatan dodol tradisonal dan moden. Disamping itu lagu lebaran aidilfitri klasik dan yang dimodenkan turut dipersembahkan. Saksikan juga koleksi kurung tradisonal dan moden aidilfitri dari koleksi Salikin Sidek.

Artist: Sarimah dan penampilan istimewa Nad AF8, Aliff AF8, Shah AF8, Dina ERA, Ray ERA dan Haniff ERA

itu dia

ITU DIA..RAYA DATANG LAGI!
Sabtu, pukul 10.30 malam, 11 September 2010

Itu Dia merupakan program bercorak candawara dan hiburan yang melibatkan pembabitan selebriti tempatan. Para selebriti perlu memasuki 3 jenis bilik berlainan yang menjanjikan suatu cabaran baru bagi para selebriti. Untuk episod istimewa Raya pada kali ini, para selebriti perlu menjadi 3 watak yang berlainan iaitu pencuri malam raya, anak yang pulang ke pangkuan keluarga pada malam raya dan tukang jahit.

Selebriti: Hanif & Raya ERA FM, Noni AF, Salih Yaakob


Responses

0 Respones to "Raya Kedua : Rancangan Menarik Di Astro RIA"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com