Rahsia Permaisuri Herba: BAWANG PUTIH



Tahukah Kamoo???



Orang Mesir dan Cina telah menggunakan bawang putih sejak beribu tahun dahulu. Pekerja buruh Mesir memakan bawang putih setiap hari untuk mengekalkan kesihatan mereka. Di China terdapat tulisan tentang kegunaan bawang putih sebagai ubat. Di India bawang putih digunakan untuk mengunati batuk kering dan tekanan gula dalam darah. Di Thailand, bawang putih diguna bagi mengimbangi kolesterol dan tekanan darah tinggi tubuh.

Faedah Kesihatan

Berfungsi sebagai antiseptik, antibody, antibakteria, antioksidan, menghilangkan kahak, sesak nafas. Juga meransang dan menguatkan sistem imunisasi, mencegah infeksi, mengawal tekanan darah tinggi dan mengimbang kolesterol tubuh. Antibiotik semulajadi iaitu Alicin yang terdapat dalam bawang putih boleh membunuh kuman yang menyebabkan batuk, asma dan sesak nafas.

Kaedah Pengambilan

1. Hiris seulas bawang putih dan rendam dalam air suam dan minum setiap pagi sebelum mengambil sarapan. ia diambil sebelum tidur untuk mencegah sinus.

2. Untuk meredakan rasa sejuk, batuk,selesema dan asma, cara yang sama boleh digunakan tetapi ambilah 3-4 kali sehari selepas makan. Juga dapat membantu membersihkan hati, mengawal tekanan gula dan darah tinggi.

3. Untuk mengurangkan rasa kurang enak, boleh dicampur dengan madu.

Kegunaan Luar
1. Mengubat kaki tersalah urat, tumbuk dan campur minayk zaitun. Letak pada tempat sakit selama 15 minit. Jika terkena ulat air letak selama 20 minit atau setengah jam. Cuci kaki dengan air suam.

2. Juga boleh digunakan jika terkena gigitan nyamuk dan serangga berbisa.


Responses

0 Respones to "Rahsia Permaisuri Herba: BAWANG PUTIH"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com