Kes Bunuh Sosilawati A to Z



Kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiyah dan 3 yang lain dianggap selesai, semua suspek dijangka didakwa minggu depan.


KRONOLOGI: Kes bunuh, bakar Sosilawati dan tiga individu lain


6 September 2010 

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.


7 September


Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya. 
Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta. 

8 September 

Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu. 
Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos. 

9 September 

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan. 

10 September 

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. 
Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu. 

11 September 

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya. 
Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun. 





POINT KES


16 Anjing Pembunuh


Suspek utama memelihara 16 anjing Rotweiler bagi mengawal ladangnya dan menakutkan mangsa. Mangsa diugut akan dicampak ke kandang anjing jika enggan bekerjasama. Mangsa dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka. Mangsa dibelasah dengan kayu kriket sebelum dibunuh seorang demi seorang. Mayat mangsa dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai untuk melupuskan bukti


Suspek Memiliki Kekayaan Melampau


Suspek memiliki wang jutaan ringgit dalam akaun dalam dan luar negara. Antara hartanah lain rumah semi-D di Banting, unit apartmen di Taman Kinrara, ladang ternakan ayam, lembu dan kambing di Batu Laut, Morib, dan rumah sewa di Taman Cempaka. Jumlah ganjaran ribuan ringgit diberi kepada pekerja yang sanggup melakukan pembunuhan.


Teori 'No Body, No Murder'


Teori itu digunakan suspek untuk menghapus segala bukti fizikal dengan membakar semua mayat dan abunya dibuang ke sungai. Selain abu mayat, barangan peribadi, senjata digunakan dan bahan kes dibuang ke beberapa sungai berhampiran ladang bagi mengelirukan polis.


Isu Jual Beli Hartanah


Suspek sorang peguam pernah beberapa kali berurusan dengan sosilawati berkenaan jual beli hartanah dan terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang. Tanah berkenaan dibeli sosilawati anggaran RM 25Juta sebelum mahu dijual RM 200 Juta berikutan harga pasaran meningkat. Terdapat bukti transaksi wang ke akaun bank suspek dan kemungkinan berlaku kes peras ugut.



Responses

1 Respones to "Kes Bunuh Sosilawati A to Z"

BezBuddy said...

mintak2 sume kene hukum gantung


September 17, 2010 at 2:40 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com