Kekasih baru Nora Danish




HILANG panas kisah Jejai dan Fasha Sandha mengaku sedang intim menyintai antara satu sama lain, timbul pula kisah janda Jejai, Nora Danish.
Pelakon kecil molek itu heboh dikatakan sedang mengulit cinta dengan seorang jejaka tampan, anak Datuk yang berasal dari Kelantan.
melihatkan gambar-gambar kemesraan Nora dengan jejaka yang dikenali sebagai Shahrul itu, mereka sememangnya seolah-olah ada hubungan yang sangat akrab.
Nora pula ketika diterjah teman media dalam satu acara berbuka puasa di ibu negara baru-baru ini mengaku dia dan si Shahrul yang dimaksudkan itu sedang mengenali hati budi masing-masing. Mereka baru dua bulan berkawan.
Tambahan pula ada yang kata, sebelum ini Shahrul yang lebih muda beberapa tahun daripada Nora itu pernah bercinta dengan seorang pelakon Indonesia.
Kalau tak salah juga, Wangi daripada kumpulan Fabulous Cat pun bercinta dengannya suatu ketika dahulu..
 mamat tu suka sangat tayang gambar berkepit dengan Nora dalam Facebook, aku tak tahulah apa motif dia.
Lepas tu, tahulah anak orang kaya, tapi takkan satu badan bersalut Hermes
Banyak versi pula cerita tentang teman tapi mesra Nora ni kan. Tak apalah, tak salah berkawan dengan siapa yang kita suka, asalkan tahu berpada-pada. Mencari bahagia tak pernah jadi satu kesalahan
[kosmo!]


Responses

1 Respones to "Kekasih baru Nora Danish"

farah said...

hari tu date ngan orng lain rasenyer:)hehehe..well hope u happy nora


August 22, 2010 at 3:04 PM
Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com