Facebook saman Teachbook



Pasal "book" pun nak kecoh...haishh


vs



Pengurusan laman Facebook mengemukakan saman terhadap web masyarakat perguruan baru, Teachbook.com, kerana menggunakan perkataan ‘book’ sebagai sebahagian nama, menurut dokumen mahkamah. 

Facebook mengambil tindakan itu meskipun Teachbook belum dilancarkan dengan rasmi atas alasan ‘ia mengambil peluang daripada reputasi terkenal nama Facebook, lapor Wired.com yang dipetik akhbar The Telegraph, semalam.


Facebook yang memperoleh anggota ke 500 juta bulan lalu turut menuduh Teachbook mencabul, mencemar hak cipta dan bersaing secara tidak adil. 

Teachbook yang dibentuk sebuah syarikat Amerika Syarikat dan dijadual dilancarkan akhir tahun ini, baru mempunyai 47 ahli.



p/s: banyak2 nama benda kat dunia ni, book jugak korang pilih


Responses

0 Respones to "Facebook saman Teachbook"

Return to top of page Copyright © 2013 | ambooyat.com